Month: March 2012

Pelekat Kenderaan Staf

Perhatian kepada semua staf UTMSPACE KL, pembelian pelekat kenderaan untuk staf boleh dilakukan bermula esok (Khamis 29hb Mac 2012). Harga untuk sekeping pelekat ialah RM 3.00. Pembelian boleh dilakukan di Pejabat BPPHT, Aras Bawah pada waktu pejabat.   Walaubagaimanapun hanya pelekat untuk kereta sahaja yang boleh dibeli. Bagi pelekat motosikal, tarikh pembelian akan diumumkan kemudian. […]

Penutupan Sementara Surau

Adalah dimaklumkan kepada semua staf, Surau di Aras Mezzanine ditutup sementara kerana kerja-kerja penambahbaikan selama 2 minggu bermula Rabu, 28 Mac 2012. Surau sementara disediakan di dalam Perpustakaan, Aras Mezzanine. Sekian, harap maklum.

Lawatan Ahli Lembaga Pengarah ke Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur

Pada 27hb Mac 2012 telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah UTMSPACE kali ke 4 di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah UTM International Campus, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali dan dihadiri oleh semua ahli iaitu YBhg. Professor Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang (Naib Canselor UTM), YBhg. Professor Ir. […]

Tahniah! Kelahiran Cahaya Mata

Ucapan sekalung tahniah kepada staf dari bahagian PPSM En Furizan bin Adnan atas kelahiran cahaya mata puteri pada 27hb Mac 2012 jam 5.00 ptg di Hospital Putrajaya.   Semoga dengan kehadiran ahli baru akan menambah keberkatan dan kelimpahan rezeki kepada beliau. Tahniah!

Kursus Induksi UTMSPACE

Makluman kepada semua peserta Kursus Induksi yang sepatutnya dijalankan pada 28 Mac – 30 Mac 2012 di Bilik Seminar UTMSPACE Johor Bahru. Kursus ini diTANGGUHKAN kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.

Kursus Team Building Siri 2/2012

Makluman kepada 70-632 peserta Kursus Team Building Siri 2/2012, bertempat di Lubuk Merekek, Taman Negara Endau-Rompin. Semua peserta diminta berkumpul di Hentian Bas UTM International Campus pada 16 Mac 2012 (Jumaat) jam 7 pagi. Sekian, Harap Maklum. 1Y0-A08