Month: May 2012

Perlawananan Persahabatan Bola Tampar Lelaki

Pejabat Harta Bina vs UTMSPACE Kuala Lumpur Hari : Rabu, 6 Jun 2012 Masa :  5.30 pm Tempat : Gelanggang Bola Tampar UTMKL Sesiapa yang berminat boleh memberi nama kepada En Khairul Hafez (BPPHT) melalui sambungan 2512. Sekian, terima kasih.

Memo : Peraturan Merakam Waktu Keluar dan Masuk Pada Hari Jumaat

Assalammualaikum, Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 semua staf diwajibkan untuk merakam waktu keluar dan masuk pejabat pada waktu rehat hari Jumaat. Peraturan ini juga terpakai kepada staf yang tidak keluar/berada di dalam pejabat masing-masing. Untuk makluman tindakan tatatertib akan diambil kepada staf yang didapati gagal dalam mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan. Sekian Terima Kasih.

Kad Insuran Takaful Ikhlas Media Jaring

Assalammualaikum, Dimaklumkan pihak pengurusan UTMSPACE telah memperbaharui kad insuran untuk semua staf bertaraf TETAP & KONTRAK yang berkhidmat di UTMSPACE. Sehubungan itu mohon semua staf yang belum mendapatkan kad insuran tersebut untuk datang ke UPMI, Tingkat 12 dan berurusan dengan Pn Nik Huzaira untuk mendapatkan kad insuran terkini. Untuk makluman dan kemudahan semua , dilampirkan […]

Kenaikan Pangkat ke Eksekutif A

TAHNIAH ! Diucapkan kepada En Mohd Noor Fairos bin Mohd Nawawi atas kenaikan pangkat beliau ke Eksekutif A yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012. Dengan kenaikan ini, pihak pengurusan UTMSPACE berharap agar saudara akan terus memberikan sumbangan idea dan tenaga sekaligus berusaha dengan lebih gigih demi kecemerlangan UTMSPACE. Sekian Terima Kasih.

Penyelenggaraan Mesin Generator

Adalah dimaklumkan pihak PNB akan membuat kerja-kerja penambahbaikan  iaitu menyelenggara mesin generator di bangunan UTMSPACE. Kerja-kerja tersebut akan bermula pada hari Khamis, 31 Mei 2012. Sehubungan dengan itu, pihak PNB akan menutup kesemua kuasa elektrik pada hari tersebut bermula 8.00 mlm hingga 12.00 tengah malam. Selain itu, diminta kesemua staf untuk meletakkan kenderaan masing-masing di Aras […]

Penyelenggaraan Penyaman Udara Lama dan Penurapan Jalan

Adalah dimaklumkan pihak PNB akan melakukan kerja-kerja penambahbaikan bangunan UTMSPACE  seperti dibawah: 1. Kerja-kerja membuka, menanggalkan dan membawa keluar kesemua peralatan penyaman udara yang lama berserta kesemua aksesori yang akan bermula pada 29hb Mei 2012 sehingga siap 2. Kerja-kerja menurap semula permukaan parkir berserta membuat garisan parkir yang bermula 4hb Jun 2012 hingga siap. Kerja-kerja […]

Hari pendaftaran pelajar baru diploma sesi 2012/2013

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2012– Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) telah menganjurkan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) Program Diploma Sesi Akademik 2012/2013 bermula pada 27 Mei hingga 2 Jun 2012. Sedia maklum, seramai 411 orang mahasiswa telah mendaftar di UTM KL. Antara jurusan yang ditawarkan adalah Diploma Seni Bina, Diploma Perancangan Bandar, Diploma Kejuruteraan […]

Perpindahan BPPHT

Adalah dimaklumkan, Pejabat Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Harta Tanah (BPPHT) Kuala Lumpur telah berpindah dari Aras Bawah ke Aras Mezzanine (dahulunya adalah Bilik Seminar). Nombor sambungan bagi En Hafez dan Pn Elyani tidak berubah #2512 tetapi nombor sambungan sementara untuk En Halim  ialah #2533. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Sekian, harap maklum.

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Program Kerjasama

Adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Berkenaan Peperiksaan dan Keputusan Peperiksaan pelajar Program Kerjasama akan diadakan di Bangunan UTMSPACE pada 24 Mei 2012 dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Mesyuarat ini akan dijalankan di Bilik Mesyuarat tingkat 14, manakala tingkat 13 pula akan digunakan sebagai dewan jamuan. Kesemua AJK Tetap Senat UTM, […]