Terima Kasih Diucapkan Sepanjang Perkhidmatan Yang Diberikan

 Assalamualaikum,

Pihak pengurusan Pusat Pengajian Diploma (PPD) ingin memaklumkan bahawa Puan Fahdlina Ilyani Binti Omar kini telah tamat tempoh perkhidmatanya sebagai staf kontrak UTM bagi jawatan Penolong Pegawai Pentadbiran di PPD UTMSPACE berkuatkuasa 22 Jun 2012.

Sehubungan dengan itu, Pihak Pengurusan PPD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan idea dan jasa yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di PPD dalam memajukan lagi pengurusan PPD.

Sekian harap maklum.

You May Also Like

More From Author