Solat Zohor Berjemaah

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk” (At-Taubah:18)

Sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H, Kelab Sukan dan Kebajikan UTMSPACE Kuala Lumpur mengalukan-alukan staf lelaki dan wanita untuk bersolat fardhu Zohor secara berjemaah di surau Tingkat Mezzanine Bangunan UTMSPACE pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Solat Zohor akan bermula jam 1.30 tengahari setiap hari. Panduan waktu solat boleh dirujuk dari laman wab Jakim http://www.e-solat.gov.my/MainWS.php

Bersama-samalah kita mengimarahkan surau UTMSPACE dan “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orangyang beriman”. (An Nisaa’:103)

You May Also Like

More From Author