Selamat Bersara Diucapkan Kepada Prof. Madya. Ir. Hj. Mohd Nujid Bin Ismail

Seluruh warga Pusat Pengajian Diploma (PPD) ingin mengucapkan selamat bersara kepada Prof. Madya. Ir. Hj. Mohd Nujid Bin Ismail di atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang beliau berkhidmat di PPD.  Sehubungan dengan itu pada 14 September 2012 yang lalu, seluruh warga pentadbiran PPD telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan hari persaraan beliau dan mengenang jasa beliau sebagai seorang pengarah, pensyarah kanan dan juga sebagai seorang bapa kepada warga PPD. Majlis tersebut juga diadakan bagi meraikan pengorbanan dan jasa Pn. Mariam Bt. Baharom (bekas Timbalan Pendaftar PPD) yang telah bertukar ke Pejabat Harta Bina dan digantikan dengan Pn. Fauziah Bt. Md Amin sebagai Timbalan Pendaftar PPD yang baru. Sekian.

 

You May Also Like

More From Author