SOLAT HAJAT KHAS UNTUK PPD

Assalamua’laikum w.b.t.

Kepada semua warga kerja UTMSPACE;

Mengambil kira beberapa perkembangan terkini berkenaan Hala Tuju Program Diploma, PPD berhasrat untuk mengadakan satu majlis Solat Hajat Khas memohon agar Program Diploma akan dapat diteruskan dan tidak ditamatkan pelaksanaannya.

Sehubungan itu, majlis tersebut Insya Allah akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Hari  : Selasa
Tarikh : 22 Januari 2013
Tempat : Surau  Tingkat Mezzanine, Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak.
Masa : Selepas Solat Zohor Berjemaah.

Oleh itu kesemua warga kerja UTMSPACE yang perihatin adalah dijemput untuk bersama-sama untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga kehadiran, doa dan iltizam kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah dan semoga permohonan dan harapan kita ini dikabulkan Allah, Ameen Ya Rabbal A’lamin.

Wallahua’lam.

Wakil Yang Diamanahkan,

Mohamad Shafie Abdul Rashid

You May Also Like

More From Author