MISI BANTUAN MANGSA-MANGSA BANJIR ANJURAN KESUKEBKL

Makluman kepada wargakerja UTMSPACEKL.

Pihak KESUKEBKL dengan kerjasama Pihak Pengurusan USKL akan melaksanaka beberapa program bagi tujuan membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku sekarang dibeberapa buah negeri di Malaysia.

 

Berikut adalah beberapa program yang sedang dan akan dilaksanakan, seperti berikut : –

 

1. Program serahan bantuan kepada Mangsa banjir di Pahang.

 

Berikut adalah maklumat program yang akan dijalankan :

 

Tarikh       : 21hb Disember 2013 (Sabtu)

Masa         : 8.00 pagi (bertolak dari UTMSPACE KL)

Lokasi  (Cadangan)    : Kemaman, Terengganu atau Perumahan Sg Isap, Kuantan atau Kg Perlap, Pekan

 

***PERHATIAN : BAGI SUKARELAWAN YANG INGIN MENYERTAI MISI INI, SILA BERIKAN MAKLUMAT SAUDARA KEPADA PN HAMIZA (KAUNTER PPSM).

 

Sehubungan dengan itu, bagi warga kerja yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk Pakaian @ Makanan , boleh berbuat demikian bermula pada 11/12/2013 (Rabu)- 20/12/2013 (Jumaat), di Kaunter Utama ,  UTMSPACE Kuala Lumpur.

 

 

 

2. Sumbangan wang juga boleh disalurkan di Tabung- tabung yang disediakan seperti berikut :

 

i) Surau UTMSPACE (Ruang Solat Lelaki & Wanita) di Aras M

ii) SPACEShoppe, Aras G

iii) Kaunter Utama, Aras G

iv) Kaunter Perkhidmatan/ Mahasiswa, Aras G

v) Kafeteria, Aras G

 

 

3. Pengumpulan maklumat kepada keluarga warga kerja  yang terlibat dengan bencana ini.

– Bagi Wargakerja yang keluarganya terlibat dengan bencana ini, Sila memaklumkan kepada  Penolong Setiausaha KESUKEBKL (Pn Hamiza Khir sani,  Samb. 2515)

 

 

S.U KESUKEBKL

 

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.