Month: June 2014

MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI, UTMSPACE KUALA LUMPUR

Dimaklumkan bahawa Cik Arba’iah binti Inn akan menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Operasi, UTMSPACE Kuala Lumpur mulai 1 Julai 2014 Reviews . Like recommendation http://www.blueatticband.com/mbad/dosing-down-prednisone.php more bit fit recommend http://3webninjas.com/tramadol-hcl-seizures with use best accutane and estrogen dominance trial of works side effects of viagra death size inflation naturalistas diovan drug interactions ibuprofen remedy after since […]

“Israk Makraj + Nisfu Syaaban + Nuzul Al-Quran = Persiapan Ramadhanku”

Dimaklumkan bahawa KESUKEB UTMSPACE Johor menganjuran program berbentuk ceramah kerohanian sempena menyambut bulan Ramadhan. Diharap semua ahli hadir bersama bagi memeriahkan program ilmiah ini. Tarikh : 24 Jun 2014 (Selasa) Masa : 5.00 petang (selepas waktu pejabat) Tempat : Bilik Seminar UTMSPACE Johor. Penceramah : Ustaz Mahyudin Bin Md. Sarip, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM Topik Ceramah […]

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa En. Syafiq Bin Mohd Tahir telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 22 Jun 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih

NOTIS PENUTUPAN LALUAN KELUAR DAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN DI BANGUNAN UTMSPACE

Assalamualaikum W.B.T 1.      Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak PNB akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf alatubah kuasa elektrik di Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur.  Sehubungan itu, beberapa lokasi tempat letak kenderaan dan laluan keluar akan ditutup mulai 26 Jun hingga 27 Jun 2014.  Parkir dan laluan yang dinyatakan akan digunakan untuk kerja-kerja menghantar dan memunggah kabel serta […]

TATACARA BERPAKAIAN

Assalam kepada semua staf UTMSPACE Adalah dimaklumkan bahawa berikut disertakan lampiran tatacara berpakaian ke pejabat bagi semua staf UTMSPACE. Diharapkan semua staf dapat mematuhi peraturan tatacara berpakaian  yang telah ditetapkan. Sekian.

Perlawanan persahabatan Futsal Media Friendly 2014

    Assalam dan salam sejahtera. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang dalam perlawanan persahabatan Futsal Media Friendly antara Kelab Media Johor dan KESUKEB (KL & JB) di Daiman Sri Skudai Sport Complex, Skudai pada 12 Jun yang lalu. Secara keseluruhan perlawananan ini telah disertai sebanyak 7 buah pasukan.   Keputusan rasmi pertandingan: Juara: Pasukan Kelab Media Johor […]

PERPINDAHAN STAF

Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa, Puan. Siti Nor A’in binti Suparlan telah berpindah ke Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, JOHOR BAHRU berkuatkuasa mulai 16 Jun 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PERPINDAHAN STAF

Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Pn Adzlin Binti Nawi telah berpindah ke Pusat Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 16 Jun 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa En. Muhd Sazlie Bin Ibrahim telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 6 Jun 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih

PERPINDAHAN STAF

Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa, Cik. Nur Husna binti Zulkepli telah berpindah ke Bahagian Kewangan UTMSPACE, JOHOR BAHRU berkuatkuasa mulai 16 Jun2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih.