Month: December 2014

PELEKAT KENDERAAN STAF UTMSPACE KL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Pejabat Unit Keselamatan akan mengeluarkan Pelekat Kenderaan bagi tahun 2015.  Sehubungan itu semua Staf UTMSPACE Kuala Lumpur yang mempunyai kenderaan samada kereta atau motor adalah diwajibkan untuk mendapatkan pelekat kenderaan berharga RM3 dengan mengisi borang yang disediakan beserta 1 salinan photostat Kad Matrik Staf.   Unit Keselamatan akan melaksanakan pemeriksaan dari masa […]

PENERIMA HADIAH PERKHIDMATAN BERTERUSAN

Assalamualaikum w.b.t, Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan di atas jasa dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di UTMSPACE. Semoga sentiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas pada masa yang akan datang.

PENERIMA HADIAH GANJARAN STAF 2014

Assalamualaikum w.b.t, Tahniah diucapkan kepada 27 orang penerima Hadiah Ganjaran UTMSPACE 2014. Semoga usaha ini dapat mempertingkatkan lagi tahap disiplin dan penghasilan produktiviti untuk kemajuan diri staf  UTMSPACE.

STAF CEMERLANG UTMSPACE 2014

Assalamualaikum w.b.t, Tahniah diucapkan kepada  EN. MOHD IDHAM BIN JEMAIN kerana telah dianugerahkan sebagai Staf  Cemerlang UTMSPACE 2014. Pengurusan UTMSPACE dengan ini mengucapkan tahniah dan diharapkan agar semoga beliau sentiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas pada masa yang akan datang demi kemajuan diri dan UTMSPACE. Semoga penganugerahan staf cemerlang ini menjadi motivasi kepada semua […]

Jemputan ke Kejohanan Golf

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama UTMSPACE Golf Academy akan menganjurkan kejohanan golf. Tuan-tuan dijemput menyertai kejohanan tersebut dan dapat menyebarkan kepada rakan-rakan yang berminat. Penglibatan tuan-tuan amat dihargai. Terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Rahiza Haszian  Binti Abdul Rahim telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 15 Disember 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima […]

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai Peperiksaan & Pengijazahan Bagi Program Kerjasama UTM

Pusat Program Kerjasama (PPK) akan terlibat untuk Mesyuarat JKTS Mengenai Peperiksaan & Pengijazahan Program Kerjasama Bagi Semester I Sesi 2014/2015 Berikut adalah maklumat berkaitan Mesyuarat ini:- Tarikh : 16 /12/2014 (Selasa) Masa : 8.30pagi-5.00petang Tempat : Dewan Jumaah, UTM Jln Sultan Yahya Petra , Kuala Lumpur Sekian , Harap Maklum      

Perpindahan Staf

  Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa, En Muhammad Hasmanuddin Bin Ismail telah berpindah ke Bahagian Pembangunan Bisnes UTMSPACE, Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 10 Disember 2014. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih

PERTUKARAN STAF DALAMAN PPSM UTMSPACE

Assalamualaikum  wbt.. Adalah dimaklumkan bahawa berikut adalah senarai nama staf PPSM Johor Bahru yang bertukar secara dalaman berkuatkuasa 10 Disember 2014:- Klik disini  Pertukaran Dalaman Staf PPSM JB Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PENUTUPAN OPERASI SPACESHOPPE

Assalamualaikum dan Salam Sekahtera, Untuk  makluman kepada semua wargakerja UTMSPACEKL, SPACEShoppe  akan ditutup pada 31hb Disember 2014  untuk mengemaskini dan pengiraan stok.   Segala kesulitan amat dikesali   Harap maklum