MAJLIS PENGHARGAAN

gambar Prof. Khairul 2 low res

gambar Prof Khairul 1 low res

gambar PM Dr. Zul1 low res

gambar PM Dr. Zul2 low res-1

Pada 29 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Penghargaan bagi menghargai jasa di atas perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah, Pengarah Urusan/Dekan dan Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus, Pengarah PPSM yang berakhir di UTMSPACE pada 31 Januari 2015.

Perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bermula di UTMSPACE pada 1 November 2008 sebagai Timbalan Dekan (Pembangunan) dan seterusnya telah dilantik oleh Universiti sebagai Dekan pada 1 April 2009. Selepas pengkorporatan, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Dekan mulai 1 Februari 2011 hingga 31 Januari 2015.

Bagi Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus pula, beliau memulakan perkhidmatan di UTMSPACE sebagai Ketua Unit Program Eksekutif pada 1 Januari 2009. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik) pada 1 Mac 2009 dan sebagai Pengarah PPSM pada 1 Februari 2011 iaitu selepas pengkorporatan.

UTMSPACE mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan kedua-dua mantan pengurusan tertinggi ini atas perkhidmatan, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan kepada pihak syarikat. UTMSPACE berharap agar mereka akan terus kekal cemerlang pada masa hadapan.

gambar ramai2 low res

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.