Month: July 2015

TAKZIAH KEPADA MUHAMMAD RAHIMAN BIN JUNOH @ YUNUS

Assalammualaikum w.b.t, Dimaklumkan seluruh warga kerja UTMSPACE mengucapkan takziah kepada En Muhammad Rahiman Bin Junoh @ Yunus, Penolong Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat (Kuala Lumpur) di atas kepulangan ibunda beliau ke rahmatullah pada 8 Syawal. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al – […]

TAKZIAH KEPADA FURIZAN BIN ADNAN

Assalammualaikum w.b.t, Dimaklumkan seluruh warga kerja UTMSPACE mengucapkan takziah kepada En Furizan Bin Adnan , Penolong Eksekutif Kanan Pusat Pengajian Separuh Masa (Kuala Lumpur) di atas kepulangan ibunda beliau ke rahmatullah pada 1 Syawal. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al – […]

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR RAMADHAN 1436H

Pada 13 Julai 2015, KESUKEB JB telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Solat Maghrib berjemaah bersama kakitangan UTMSPACE JB. Bacaan Al Quran & Solat Maghrib diimamkan oleh tetamu jemputan khas saudara Muhammad Amirulhakim Bin Saparudin. Beliau merupakan pelajar Diploma Jurusan Tahfiz Wal Qiraat di Darul Quran, Selangor. Cenderahati telah disampaikan oleh Pengarah Urusan UTMSPACE Prof. […]

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa En. Ahmad Syahir bin Aminudin telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 8 Julai 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Ramadhan 1436 Hijrah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan 1436 Hijrah, peringkat UTMSPACE Johor Bahru. Semua Warga UTMSPACE Johor Bahru dijemput hadir bersama pasangan dan anak-anak ke majlis tersebut. Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Maghrib akan dipimpin oleh Mahasiswa Darul Quran iaitu saudara Muhammad Amirulhakim bin Saparudin.

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Nur Athirah Binti Khalit telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 1 Julai 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih