LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU & BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

0-50 (Baik) 
  • Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100 (Sederhana)

  • Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200 (Tidak Sihat)

  • Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300 (Sangat Tidak Sihat)

  • Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi
  • Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400 (Berbahaya)

  • Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.
  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

jerebu1

 

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.