TAWARAN BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU PENGAWAS

Assalammualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir untuk Program Kerjasama UTM akan dijalankan dari 26 Oktober – 8 November 2015. Sehubungan dengan itu semua staf UTMSPACE KL adalah dipelawa untuk menjadi Pembantu Pengawas Peperiksaan di KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD MELAKA dan KOLEJ TEKNOLOGI SARAWAK.

Tugas Pembantu Pengawas adalah untuk membantu Ketua Pengawas daripada UTM menjalankan peperiksaan di Pusat Kerjasama yang berkenaan. Tempoh bertugas adalah diantara 2-3 hari. Staf yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

Langkah 1 Mengisi maklumat permohonan di http://uppkonline.utmspace.edu.my —Ketua Pengawas –> Borang Permohonan
Langkah 2 Cetak laporan/borang permohonan menjadi Pembantu Pengawas dan dapatkan pengesahan dari Ketua Bahagian.
Langkah 3 Hantar borang yang telah disahkan ke Pejabat PPK tidak lewat dari hari Isnin 12 Oktober 2015 jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azinor Afandi Bin Ab Aziz ditalian 03-27722568.

Sekian, terima kasih.

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.