Month: December 2015

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Salina binti Ramli telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 24 Disember 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih  

TAKZIAH KEPADA EN. MOHAMAD HASLIL BIN ABDUL HALIL

Assalammualaikum w.b.t. Dimaklumkan seluruh warga kerja UTMSPACE mengucapkan takziah kepada En. Mohamad Haslil bin Abdul Halil, Pengawal Keselamatan (Kuala Lumpur) di atas kepulangan ayahanda beliau ke rahmatullah pada 22 Disember 2015. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al – Fatihah…    

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum w.b.t, Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Adalah dimaklumkan bahawa rakan staf kita,  En. Mohazam Bin Mokhtar, staf Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTMSPACE Johor Bahru  telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 20 Disember 2015 kerana sesak nafas. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah dan […]

MAKLUMAN : PELAKSANAAN PENGAWASAPAN ULV (Ultra Low Volume) OLEH PNB

Assalamualaikum wbt, Unit Pentadbiran & Pengurusan Fasiliti UTMSPACE KL ingin memaklumkan pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membuat semburan pengawasapan ULV (Ultra Low Volume) seperti tarikh berikut:- TARIKH : 4 Disember 2015 MASA    : 6.00 PETANG – 7.00 PETANG LOKASI  : BANGUNAN UTMSPACE KUALA LUMPUR   Diharapkan warga kerja UTMSPACE Kuala Lumpur  ambil perhatian dan […]

SELAMAT BERTUGAS

Assalamualaikum w.b.t, Sukacita dimaklumkan, Cik Nabilah Syafiqah binti Abdul Rahman telah dilantik sebagai Kerani di Unit Pentadbiran dan Pengurusan Fasiliti , UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 1 Disember 2015. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang […]