Month: September 2016

PERPINDAHAN STAF DALAMAN

Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa, En. Amirul Husni bin Shaarin telah berpindah dari Pusat Pengajian Separuh Masa ke Bahagian Pengambilan Pelajar dan Projek Khas UTMSPACE Johor Bahru, berkuatkuasa mulai 15 September 2016. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima […]

MAKLUMAN KERJA BERKALA PNB : PEMBERSIHAN DAN SYAMPU KARPET SURAU, BANGUNAN UTMSPACE.

Assalamualaikum, Untuk makluman semua, pihak PNB akan menutup surau bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan syampu karpetĀ  seperti butiran berikut : Tarikh : 11/9/2016 (Ahad) Waktu : 2.00 petang hingga 17.00 petang Lokasi : Surau Tingkat M (Lelaki & Perempuan), Bangunan UTMSPACE Kerjasama dan perhatian serta keperihatinan semua amat diperlukan. Pihak UPPF amat menghargai kerjasama dan […]

PELANTIKAN BAHARU DAN TAMAT TEMPOH PELANTIKAN PENGURUS BESAR PUSAT PROGRAM KERJASAMA (PPK) UTMSPACE

Assalamualaikum wbt…. Pengurusan UTMSPACE dengan ini mengumumkan pelantikan baharu Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed sebagai Pengurus Besar PPK yang baharu berkuatkuasa mulai 1 September 2016. Terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan cemerlang Puan Arba’iah binti Inn yang telah menamatkan tempoh pelantikan sebagai Pengurus Besar PPK pada 31 Ogos 2016. Harap maklum.

SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t. Adalah dimaklumkan bahawa Ms Cho Yun Jeong, Eksekutif Kanan (Akademik) dari Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Kampus UTMSPACE Kuala Lumpur telah menamatkan perkhidmatannya pada 31 Ogos 2016. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam […]