Majlis Doa Selamat Dan Perpisahan Ketua Jabatan Pusat Pengajian Diploma (PPD)

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2012 – Timbalan Dekan UTMSPACE, Dr. Liza Binti Abdul Latiff bersama Bahagian Pentadbiran Pusat Pengajian Diploma telah menganjurkan Majlis Doa Selamat kerana telah selamat menjalani pembedahan dan telah sambung berkhidmat bermula 2 Julai 2012 yang lalu.

Majlis yang disambut secara sederhana ini juga diadakan sekaligus bersama dengan Majlis Perpisahan Tamat Tempoh Perlantikan 3 orang Ketua Jabatan dan seorang staf pentadbiran PPD.  Sehubungan dengan itu, seluruh warga PPD mengucapkan terima kasih kepada En. Abdullah bin Othman (KJ Kej. Awam), Dr. Mohamad Hussaini bin Wahab (KJ Alam Bina), Dr. Ruzana binti Ishak (KJ Sains & Perkhidmatan) dan Pn. Fadhlina Ilyani binti Omar (Pen. Pegawai Tadbir)  di atas sumbangan jasa dan idea yang telah di berikan sepanjang berkhidmat di PPD.

Majlis ini juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada 3 orang pensyarah yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan dan 6 orang pensyarah yang diberi mandat untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Jabatan. Sekian, Harap Maklum.

You May Also Like

More From Author