SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
UTMSPACE ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBRS. Prof Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal bin Ngadiman atas pelantikan sebagai Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE berkuat kuasa mulai 10 November 2026. Semoga dengan kepimpinan beliau, UTMSPACE akan terus melakar kecemerlangan,memperkukuh daya saing serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
UTMSPACE ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBRS. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar di atas sumbangan bakti yang dicurahkan serta kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE.
SELAMAT BERTUGAS
Assalamualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Cik Norhanissa Nareesya binti Mohamed Nordin telah dilantik sebagai Penolong Eksekutif, Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan, UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa pada 2 November 2026. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang…
SELAMAT BERTUGAS
Assalamualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Kavitarishini A/P Subramaniam telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir, Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan, UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa pada 2 November 2026. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi…
SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Redzuan bin Abdul Rahman dan Dr Mohd Salehudin bin Mohd Simpol, Pensyarah Jabatan Pengurusan, Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM di atas penganugerahan Doctor of Philosophy (PhD) daripada Universiti Teknologi Malaysia. Tulus ikhlas daripada Pengurusan dan seluruh warga SPACE UTM.
SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Rafidah binti Mazlan dan Dr Muhammad Falaq bin Muhammad Faisal, Penolong Pensyarah Jabatan Kejuruteraan, Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM di atas penganugerahan Doctor of Philosophy (PhD) daripada Universiti Teknologi Malaysia. Tulus ikhlas daripada Pengurusan dan seluruh warga SPACE UTM.
PERTUKARAN BAHAGIAN
Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd Nazri bin Ahmad telah berpindah dari Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, UTMSPACE Johor Bahru ke Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju, UTMSPACE Johor Bahru berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2026. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan…
PERTUKARAN BAHAGIAN
Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa seramai dua (2) orang staf telah bertukar dari Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju, UTMSPACE Johor Bahru ke Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, UTMSPACE Johor Bahru berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2026. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE
SELAMAT MAJU JAYA
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Adalah dimaklumkan Ts Ahmad Fahmi Adzha bin Mohd Nasaraudin, Penolong Pensyarah dari Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Kuala Lumpur telah menamatkan perkhidmatannya pada 13 Oktober 2026. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya…
TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI AMBASSADOR KEBOLEHPASARAN GRADUAN UTM (UTM GE AMBASSADOR) 2026/2027 PERINGKAT UNIVERSITI
Sekalung Ucapan Tahniah diucapkan kepada Dr. Intan Afida binti Mohamad Amin di atas pelantikan sebagai Ambassador Kebolehpasaran Graduan UTM (UTM GE Ambassador) 2026/2027 Peringkat Universiti bermula 1 Oktober 2026 sehingga 30 September 2027.
