Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Program Kerjasama

Adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Berkenaan Peperiksaan dan Keputusan Peperiksaan pelajar Program Kerjasama akan diadakan di Bangunan UTMSPACE pada 14 Mei 2012 dari jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.

 

Mesyuarat ini akan dijalankan di Bilik Mesyuarat tingkat 14, tingkat 12, tingkat 3 dan tingkat 2. Manakala Dewan Seminar pula akan digunakan sebagai dewan jamuan dan urusetia mesyuarat.

 

Pada jam 3.00 hingga 5.00 petang pula akan diadakan satu taklimat berkenaan kurikulum baru Program Diploma di Bilik Mesyuarat Tingkat 14.

 

Kesemua AJK Akademik PPD, Pengurus, Penyelaras Program Kerjasama dan Staf Pengurusan Akademik PPK akan terlibat didalam mesyuarat dan taklimat ini.

 

Sehubungan dengan itu mohon semua staf memberikan bantuan tunjuk arah sekiranya diperlukan.

 

Sekian, terima kasih.