KUALA LUMPUR, 27 Mei 2012– Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) telah menganjurkan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) Program Diploma Sesi Akademik 2012/2013 bermula pada 27 Mei hingga 2 Jun 2012.
Sedia maklum, seramai 411 orang mahasiswa telah mendaftar di UTM KL. Antara jurusan yang ditawarkan adalah Diploma Seni Bina, Diploma Perancangan Bandar, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronatik), Diploma Ukur Tanah, Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat), Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Diploma Pengurusan Teknologi.
Sumber: http://news.kl.utm.my/