Lawatan Ahli Lembaga Pengarah ke Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur

Pada 27hb Mac 2012 telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah UTMSPACE kali ke 4 di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah UTM International Campus, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali dan dihadiri oleh semua ahli iaitu YBhg. Professor Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang (Naib Canselor UTM), YBhg. Professor Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim (TNC Pembangunan UTM), YBhg. Profesor Dr. Khairul Anuar bin Abdullah (Dekan UTMSPACE),  YBhg. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Pengerusi GPB Corporation), Puan Sharifah ‘Alwiah binti Syed Alwi (Bendahari UTM) dan Pn Norzana binti Bujang (Setiausaha Syarikat).

Mesyuarat bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Sebaik selesai jamuan makan tengahari, Ahli Lembaga Pengarah telah dibawa melawat ke Bangunan UTMSPACE di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mereka dibawa meninjau beberapa kemudahan yang terdapat di Bangunan UTMSPACE seperti Perpustakaan, Dewan Seminar, Student Lounge, Ruang Kelas di Tingkat 6 dan juga Ruang Pejabat di Tingkat 14.

Lawatan ahli-ahli Lembaga Pengarah tersebut berakhir kira-kira jam 2.30 petang.

Sehubungan dengan itu, pihak BPPHT mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ini.

Sekian, terima kasih.

Sila ke ruangan Galeri untuk gambar-gambar lawatan.