Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Harta Tanah telah menerima kehadiran seorang staf baru, Pn Nortinesha binti Abdullah. Beliau yang telah berkhidmat di UTMSPACE Johor Bharu sebelum ini telah bertukar ke UTMSPACE Kuala Lumpur bermula 16 Januari 2012.
Kini beliau ditempatkan di ‘Front Desk’ di Aras Bawah dan juga sebagai telefonis. Pihak UTMSPACEKL mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan diharapkan semua staf UTMSPACEKL dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau.