Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Adalah saya dengan segala hormatnya menjemput Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari ke program tersebut:
Program: Kembara Anak Patriotik dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2012
Tarikh : 22 September 2012 (Sabtu)
Waktu: Jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Tempat: Bermula di Parkir Blok A Kediaman Siswa Jaya bergerak ke Kampus UTM Kuala Lumpur
Anjuran: Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan ExxonMobil
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program tersebut iaitu:
1)Pembahagian helmet baru diganti dengan helmet lama sedia ada dari peserta
2)Pemeriksaan motorsikal percuma sebelum konvoi
3)Pembahagian helmet kanak-kanak jika peserta membawa anak kecil bersama
4)Pemberian bendera Jalur Gemilang
5)Menaikkan jalur gemilang dikampus UTM KL
6)Makan pagi dan tengahari untuk peserta
7)Ceramah Keselamatan jalan raya, Penggunaan tayar dan taklimat kecemasan
Pihak urusetia menggalakkan staf yang bermotosikal untuk hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut disamping menghayati kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Acara bermula di Kediaman Siswa Jaya pada jam 7.30pagi dan konvoi akan bergerak pada jam 9.00pagi.
Kepada staf yang berminat bolehlah terus email kepada saya syafiq@ic.utm.my dengan mengemukakan nama penuh, no telefon, no. pekerja dan jika membawa anak kecil bolehlah disertakan bersama nama anak.
Kami dipihak urusetia memohon agar dapat dikemukakan senarai nama tersebut sebelum atau pada 19 September 2012 untuk tujuan semakan dan kepastian
Segala kerjasama dan perhatian didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah”
Muhamad Syafiq Bin Mohd Anis
Penolong Pegawai Tadbir
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
UTM Kuala LUmpur
03-26154763
012-7294386