Sukacita dimaklumkan bahawa sistem penggunaan Access Door di Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur akan dikuatkuasakan penggunaanya bermula pada 1 Oktober 2012. Penguatkuasaan sistem ini adalah bertujuan untuk menigkatkan lagi tahap keselamatan Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur. Pihak BTMK akan menarik kunci keselamatan pada sistem tertsebut bermula 1 Oktober 2012 dan kunci tersebut akan diserahkan kepada ketua bahagian/unit masing-masing untuk simpanan serta digunakan di waktu kecemasan. Kepada mana-mana staf yang belum mendaftar kad pekerja mereka pada sistem tersebut, sila hubungi En. Arifuddin Yusoff di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK, Bangunan UTMSPACE Kuala Lumput untuk membuat pendaftaran. Pihak UPMI telah mengeluarkan arahan bahawa hanya staf-staf tertentu sahaja yang boleh memasuki kesemua pintu. Segala kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi Pn. Nurhakimi binti Karsono ditalian 03-2772 2573.