Assalammualaikum,
Makluman kepada semua Pusat/Bahagian/Unit di UTMSPACE,
Tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh 4 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan dan disertakan dengan Surat Arahan Bertugas. Sebarang perubahan adalah dalam tempoh 24jam sebelum waktu perjalanan.
Permohonan bagi Tempahan Ruang/ Makanan & Minuman untuk tujuan mesyuarat rasmi yang melibatkan ahli melebihi 10 orang hendaklah dihantar ke BPPHT dalam tempoh 3 hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat berlangsung. SEBARANG PERUBAHAN@PEMBATALAN TEMPAHAN perlu dimaklumkan semula kepada pihak BPPHT selewat-lewatnya 1 hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.
Bagi permohonan pinjaman peralatan pula perlu mengisi Borang Pinjaman Peralatan selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Sila pastikan segala peralatan yang dipinjam dikembalikan semula kepada BPPHT setelah selasai digunakan.
Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.