KERJA-KERJA NAIK TARAF SETOR DI ‘BASEMENT’ UTMSPACE

Assalammualaikum,

 

Untuk makluman semua, pihak UTMSPACE akan menjalankan proses naiktaraf Setor di aras ‘basement’ dengan kadar segera.

 

Oleh itu, diminta setiap unit/ bahagian yang mempunyai barang-barang simpanan di dalam setor tersebut seperti Kertas-Kertas Soalan Peperiksaan/ Fail-Fail atau barang-barang lain yang berkaitan agar dapat menyusun/ menolak  barang-barang unit/ bahagian masing-masing ke bahagian tepi setor pada tarikh dan masa seperti di bawah:

    

     Tarikh/ Hari : 6hb Disember 2012/ Khamis

     Masa : Antara jam 10 pagi – 4 petang

 

Kerjasama semua unit/ bahagian yang berkenaan amat dihargai agar dapat melancarkan kerja-kerja naiktaraf bagi pemasangan rak untuk dijadikan arkib.

 

Terima kasih.