Assalammualaikum,
Dimaklumkan kepada semua Unit/ Bahagian di UTMSPACE bahawa berkuatkuasa pada 3hb Januari 2013, Peti Surat (Pigeon Holes) di aras ‘GF’ akan digunakan untuk pengambilan surat.
Staf Unit/ Bahagian masing-masing perlu mengambil surat Unit/ Bahagian masing-masing di Pigeon Holes tersebut seperti yang telah dilabelkan. Oleh yang demikian, diminta setiap Unit/ Bahagian supaya memeriksa selalu Pigeon Holes masing-masing agar tidak timbul isu kelewatan dan kehilangan surat.
Walaubagaimanapun, kutipan surat dari setiap Unit/ Bahagian akan dijalankan seperti biasa oleh PAP.
Kunci bagi setiap Peti Surat tersebut boleh di ambil dari BPPHT dan setiap Unit/ Bahagian perlu menyimpan kunci peti surat masing-masing.
Kerjasama semua Unit/ Bahagian amat dihargai. Harap maklum.
Terima kasih.