Dimaklumkan bahawa bersempena dengan penyelenggaraan sistem elektrik di Bangunan UTMSPACE oleh PNB, kesemua server yang ditempatkan di Bangunan UTMSPACE akan ditutup untuk mengelakkan kerosakan berlaku. Ini termasuk Server Info, Server E-LogBook, Server DNS UTMSPACE KL, serta Sistem Telefon bermula dari hari Khamis, 23 Mei 2013 pukul 5 petang, hingga siap hari keesokannya. Staf BTMK KL akan menunggu untuk memastikan server terus dipasang untuk kegunaan keesokan harinya (Sabtu, 25 Mei 2013).
Oleh demikian, dinasihatkan supaya staf mengisi E-Logbook mereka sebelum pukul 5 petang pada hari Khamis (esok) untuk mengelakkan kesulitan kelak
Sila hubungi Ariffuddin Yusoff (samb: 2617 KL) untuk maklumat lanjut