Dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang ceria, kemas dan kondusif, Pejabat Pengarah Urusan/Dekan telah mengadakan pertandingan Keceriaan Pusat/Bahagian di UTMSPACE Johor Bahru. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh staf untuk menceriakan Pusat/Bahagian masing-masing. Melalui audit yang telah dijalankan serta berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, pemenang bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : Bahagian Kewangan
Tempat Kedua : Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
Tempat Ketiga : Unit Penyelidikan, Penerbitan & Perhubungan Pelanggan
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG….
Pihak UTMSPACE amat berbangga dengan semangat kerja berpasukan serta usaha yang telah dilakukan oleh semua staf UTMSPACE untuk mewujudkan tempat kerja yang selesa di samping membentuk displin diri. Semoga usaha ini akan dijadikan amalan berterusan yang dapat meningkatkan tahap pengurusan.
TAHNIAH… BKW JB sgt cahantek…
tahniah semua…