Pencalonan Ajk tertinggi KESUKEB JB 2013-2015

 

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada Semua Staf UTMSPACE JB,

Adalah dimaklumkan pemilihan calon dan Mesyuarat Agong Ahli Jawatankuasa Kesukeb bagi tahun 2013 sehingga 2015 akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Jun 2013(Jumaat)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar UTMSPACE

Jamuan : Disediakan

Tentatif : Bacaan Yasin Mega peringkat UTMSPACE;
Mesyuarat Agong Pembubaran KESUKEB 2011-2013;
Perlantikan Ahli Jawatankuasa KESUKEB JB sesi 2013-2015

Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dengan hormat dijemput hadir.

Oleh yang demikian semua staf hendaklah mencalonkan ahli jawatankuasa yang dirasakan layak untuk diundi dan dipilih semasa Mesyuarat Agong dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru nanti. Semua staf diminta mengisi borang yang diberi dan mengikut arahan yang ditetapkan.

Bersama-sama ini disertakan borang pemilihan calon dan senarai nama staf.

Borang tersebut hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 20 June 2013 (Khamis) sebelum jam 4:00 petang.

Borang pencalonan boleh dihantar melalui email atau secara hardcopy by hand terus kepada Setiausaha KESUKEB iaitu En. Azhan Zulfadli bin Handeri, Unit Bahasa Inggeris dan Program Persediaan.

Semoga proses Pencalonan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa KESUKEB 2013-2015 akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih

_KESUKEB JB_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.