TABUNG SUMBANGAN UTK YAYASAN JANTUNG MALAYSIA & PESAKIT BARAH HATI
Salam, Merujuk perkara yang tersebut di atas, adalah dimaklumkan tabung derma ada diletakkan di meja kaunter utama. Kepada staf yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus menyumbang di tabung tersebut sehingga 5 Julai 2013. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan. Terima kasih