Sebuah Bengkel Semakan Prestasi telah diadakan di Hatten Hotel, Melaka pada 14 hingga 16 Jun 2013. Objektif bengkel ini ialah untuk menyemak dan menilai semula pretasi Pusat/Bahagian bagi tempoh 1/2 tahun 2013. Ia juga bertujuan merangka penambahbaikan strategi dan kaedah pelaksanaan aktiviti bagi tempoh 1/2 tahun berikutnya. Pelbagai isu telah diketengahkan dan dibincangkan. Beberapa resolusi dan keputusan juga telah diambil dengan mengambil kira kemajuan dan prestasi organisasi. Bengkel ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan UTMSPACE dan Yang Berbahagia Pengarah Urusan/Dekan telah bertindak sebagai fasilitator.