PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN BORANG KESELAMATAN

20140122_093826

20140122_094049

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Dengan hormatnya, Bahagian Keselamatan telah menguatkuasakan penggunaan borang-borang seperti berikut:
a. Borang Pelawat Memasuki Bangunaan Untuk Urusan Pejabat. Pelawat perlu mendapatkan pengesahan dan tandatangan dimana urusan dijalankan. Pengesahan pegawai/staf diperlukan sebagai bukti pelawat berurusan.
b. Borang Pengesahan Membawa Keluar Barang/Peralatan UTMSPACE. Kelulusan atau kebenaran Ketua Bahagian diperlukan sebagai pengesahan membawa keluar barang/peralatan dari UTMSPACE.
2. Borang-borang yang dinyatakan perlu dimajukan kepada Pengawal Pintu Utama untuk tujuan pengesahan dan rekod.
3. Kerjasama semua pihak diperlukan bagi melancarkan pentadbiran Unit Keselamatan untuk mengawal keluar/masuk pelawat dan peralatan/barang UTMSPACE.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.