Assalamualaikum W.B.T,
Dimaklumkan sempena kempen tagline terbaru UTMSPACE “Life is a journey, experience it with UTMSPACE” Unit Komunikasi Pemasaran (MARCOM) akan menganjurkan pertandingan “Stick & Win”. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan keluarga terdekat secara percuma. Terdapat 3 jenis pelekat kenderaan yang boleh dipilih (rujuk lampiran). Staf/ keluarga terdekat perlu melekatkan pelekat kenderaan ini bermula Mei – Disember 2014. Maksimum 3 pelekat bagi setiap staf.
Setiap peserta perlu mengambil gambar pelekat yang telah ditampal dan memuat naik melalui akaun facebook/ instagram beserta no plat kenderaan dan #sticknwinutmspace. Terdapat 3 orang pemenang yang akan dipilih bagi setiap bulan sehingga Disember 2014.
Staf/ wakil setiap unit boleh mengambil pelekat kenderaan mulai tarikh seperti berikut:
UTMSPACE JB
Tarikh ambil : mulai 15 Mei 2014 (Khamis)
Tempat : Bilik MARCOM
PIC : Pn. Norafika
UTMSPACE KL
Tarikh ambil : 22-23 Mei 2014 (Khamis-Jumaat)
Tempat : Tingkat 14
PIC : Pn Mazuin
Setiap staf perlu memuatnaik gambar sebagai bukti penyertaan melalui akaun facebook / instagram beserta #sticknwinutmspace
Cth: JKX5478 #sticknwinutmspace