Tahniah kepada semua wakil staf UTMSPACE yang menyertai pertandingan Bola Sepak Sukan Jabatan. Staf-staf yang bermain di bawah Jabatan Canseleri ini telah mara ke peringkat akhir perlawanan. Perlawanan akan berlangsung pada hari ini (15 September 2015) jam 5 petang di Stadium Bolesepak UTM. Ini merupakan kali pertama pasukan Canseleri mara ke peringkat akhir selama 9 tahun menunggu, maka marilah sama-sama kita memberikan sorakan dan sokongan kepada pasukan Canseleri. MISI MENJADI JUARA!!!