Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Natasha Syafinaz binti Zakaria telah berpindah dari Seksyen Perhubungan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga ke Seksyen Operasi dan Hal Ehwal Mahasiswa, Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Johor Bahru berkuatkuasa mulai 08 November 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih