Assalamualaikum w.b.t,
Sukacita dimaklumkan, En. Muhammad Hamzah bin Norizan telah dilantik sebagai Penolong Eksekutif di Seksyen Pemasaran Bahagian Pembangunan Bisnes , UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa pada 17 Januari 2016.
Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.