Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan, Cik Yuslinda binti Mat Yunus telah dilantik sebagai Eksekutif, Bahagian Pendidikan Transnasional, UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa pada 2 Julai 2017.
Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.