Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan Cik Nassyuha Assyillah binti Abdul Samad telah dilantik sebagai Eksekutif, Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa pada 4 Julai 2018.
Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.