SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan Encik Ahmad Widad bin Md Fadil, Pembantu Tadbir dari Bahagian Kewangan, UTMSPACE Kuala Lumpur telah menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun 2024.

Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Sekian, terima kasih.