SELAMAT BERTUGAS

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohammad Salahuddin bin Harun telah dilantik sebagai Eksekutif Akademik , Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Johor berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.