Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan Cik Norsyuhada binti Abdul Rahman, Pembantu Tadbir dari Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Kuala Lumpur telah menamatkan perkhidmatannya pada 5 April 2025.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.
Sekian, terima kasih.