SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan Puan Mareeam Muneera binti Mohammed Kassim, Eksekutif Akademik dari Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Kuala Lumpur akan menamatkan perkhidmatannya pada 2 Mei 2025.

Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Sekian, terima kasih.