SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan Puan Nur Ili Nazihah binti Roslan, Pembantu Tadbir dari Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran, UTMSPACE Johor telah menamatkan perkhidmatannya pada 1 Jun 2025.

Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Sekian, terima kasih.