SELAMAT MAJU JAYA

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan Encik Muhammad Aliff Haikal bin Mohd Farid, Pembantu Tadbir dari Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE UTM Johor telah menamatkan perkhidmatannya pada 15 Julai 2025.

Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.