SELAMAT BERTUGAS

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 9 orang staf baharu telah dilantik sebagai Eksekutif Akademik, Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Johor berkuatkuasa pada 3 Februari 2026.

Sehubungan dengan itu, mohon agar semua staf dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada staf-staf baharu tersebut. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar semua staf yang dilantik dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.