Majlis Pelancaran Tabung Biasiswa UTMSPACE julung kalinya diadakan dan dirasmikan oleh YBHG. TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UTM. Dalam majlis yang sama juga penaja yang telah menyertai kejohanan golf amal UTM turut diraikan. Objektif penubuhan Tabung Biasiswa UTMSPACE adalah sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat kepada mahasiswa dan pelajar UTM yang mencapai kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian mereka. Mahasiswa dan pelajar yang terpilih perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan akademik UTMSPACE.
UTMSPACE berhasrat dengan mewujudkan Tabung Biasiswa ini bagi membiayai pelajar yang berkelayakkan untuk meringankan beban mereka dalam menampung kos sara hidup sepanjang temph pengajian di UTM. Para pelajar yang akan mendapat manfaat daripada dana biasiswa ini adalah mereka berprestasi tinggi dalam akademik namun, kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian. Sehubungan itu, Kejohanan Golf Amal UTM ini diadakan bagi menggalakkan syarikat-syarikat korporat serta pemegang taruh untuk membantu para pelajar yang memerlukan untuk membantu mereka untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.
Penganjuran majlis ini juga adalah kerjasama dengan UTM Alumni bagi mendapatkan penajaan dalam aktiviti kesukanan melalui kejohanan golf. Kejohonan seperti ini mampu menjalin hubungan baharu dengan pemain utama industri dan agensi luar. Selain menjana kutipan dana pertandingan golf amal dapat mempromosikan UTMSPACE secara tidak langsung. Penajaan dari sektor korporat telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1.15 juta menggambarkan jaringan antara universiti dan industri yang kuat terjalin sejak dahulu lagi.
Berikut adalah mahasiswa dan pelajar penerima biasiswa:
Bil | Nama | Institusi |
---|---|---|
1 | WONG WEI KENG | KOLEJ SPACE |
2 | EDDRINNI SOFIAH BINTI MOHD NASIR | KOLEJ SPACE |
3 | ANITH SOFIAH BINTI DARASID | KOLEJ SPACE |
4 | GOH YONG SHENG | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
5 | LOIS CHONG XIAO SHIUAN | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
6 | NOR IZZAH BINTI ROSLEE | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
7 | NUR SYUHADA BINTI ISMAIL | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
8 | KRISNAVENII A/P RAJAN | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
9 | MUHAMMAD HARRIEEZ ISKANDAR BIN HASBULLAH | UTMSPACE (PUPW DIP.) |
10 | NUR ALIAH ELLYANA BINTI ABDULLAH | UTMSPACE (PUPW DIP.) |