
Assalamualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 orang staf baharu telah dilantik sebagai Eksekutif Akademik, Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Johor berkuatkuasa pada 16 Disember 2025.
Sehubungan dengan itu, mohon agar semua staf dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada staf-staf baharu tersebut. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar semua staf yang dilantik dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
