SELAMAT BERTUGAS

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Muhammad Ruzainee Hafiz bin Muhammad Zain telah dilantik sebagai Eksekutif Akademik dan Cik Siti Khadijah binti Zainal Abidin telah dilantik sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju Nasional, UTMSPACE Johor berkuatkuasa pada 4 Mei 2026.

Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian, harap maklum dan terima kasih